Sambutan 24 Jam di Atas Pokok

Video ini telah ditonton sebanyak 150 ribu kali hingga 16 Jun dan mendapat ulasan positif dari kalangan warganet. Universiti di mana beliau melanjutkan pelajarannya juga berkongsi video ini.[1] Video ini juga mendapat sambutan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia.[2] Mengenai sambutan hangat terhadap video yang dimuat naiknya, Veveonah mengaku terharu walau beliau tidak mementingkan jumlah penonton.[3]

Tuduhan video palsu

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin menyatakan video ini ialah palsu, yang kemudian dibantahnya sekaligus meminta maaf kerana telah menuduh Veveonah.[4][5] Zahidi mengaku mendapat maklumat berkaitan Veveonah dari Abdul Rahim Bakri.[6] Timbalan Menteri Kewangan, Abdul Rahim menuduh Veveonah membuat drama untuk meraih simpati susulan video peperiksan universiti palsu.[7] Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy Jamaluddin membantah kenyataan Zahidi dan Abdul Rahim di Twitter serta meminta maaf secara langsung kepada Veveonah dengan membelakangi kerajaan.[8][9] Pengurus UMS sekaligus Ahli Dewan Undangan Negeri Karanaan Masidi Manjun juga mengatakan Veveonah tidak berbohong dan memang menduduki peperiksaan akhir secara dalam talian.[10] Veveonah sendiri menyifatkan tuduhan Zahidi dengan menyebut dirinya merasa sangat sedih dan kecewa.[11] Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menjemput Veveonah dalam jamuan makan malam.[12]

Berkaitan dengan tuduhan pemalsuan video yang dimuat naik oleh Veveonah, warganet menyokong Veveonah menerusi tanda pagar #VforVeveonah.[13]

Rujukan

WikiPedia: 24 Jam di Atas Pokok https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwa-v... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/jemaah-... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kj-jump... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-mo... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sejujur... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/veveona... https://www.astroawani.com/berita-malaysia/veveona... https://www.astroawani.com/gaya-hidup/video-panjat... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/...